Bahasa Melayu Negeri Sembilan

Bahasa Melayu Negeri Sembilan
Baso Nogoghi
Asli kepada Negeri Sembilan
KawasanNegeri Sembilan, utara Melaka dan utara Johor
EtnikOrang Melayu Negeri Sembilan
Penutur bahasa
508,000 (populasi etnik) (2004)
Kod bahasa
ISO 639-3zmi
Glottolognege1240
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Melayu Negeri Sembilan (Tulisan Jawi: بهاس ملايو نݢري سمبيلن‎, juga dikenali sebagai Baso Nogoghi atau Baso Nismilan) ialah satu dialek bahasa Melayu yang digunakan di Negeri Sembilan, bahagian utara Melaka di daerah-daerah Alor Gajah dan Jasin serta sebahagian Daerah Segamat di Johor, Malaysia.

Dialek Melayu Negeri Sembilan ini sering dianggap adalah daripada rumpun Minangkabauik kerana banyak dipengaruhi oleh bahasa tuturan suku Minangkabau, asal usul nenek moyang kebanyakan penduduk Negeri Sembilan.[1] Walau bagaimanapun, kajian fonologi dan leksikologi berpendapat bahawa dialek ini lebih hampir dengan Bahasa Melayu Piawai berbanding bahasa Minangkabau.[2][3]

  1. ^ Rahilah Omar; Nelmawarni (2008). "Negeri Sembilan: Rantau Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu". Historia: Journal of Historical Studies. 9 (2): 2–30.
  2. ^ Reniwati (2012). "Bahasa Minangkabau dan Dialek Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Perbandingan Linguistik Historis Komparatif". Wacana Etnik: Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora (dalam bahasa Indonesia). 3 (1): 71–86.
  3. ^ Idris Aman; Mohammad Fadzeli Jaafar; Norsimah Mat Awal (2019). "Language and Identity: A Reappraisal of Negeri Sembilan Malay Language" (PDF). Kajian Malaysia. 37 (1): 27–49. doi:10.21315/km2019.37.1.2.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search